Lai Lai Li Tam Plong

Sunday, February 10, 2019

Kini Bergelar Doktor, Anak Gadis Pelawak Mr Os Hadiahkan Kejayaan Untuk Arwah Ayahnya. Tahniah!
February 10, 20190 Comments

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak popular sekitar tahun 80 an dan 90 an, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr Os. Lawaknya yang bersahaja tetapi cukup mencuit hati. Biarpun bergelar pelawak, namun Allahyarham semasa hayat tidak pernah mengabaikan pelajaran buat anak-anaknya.
Kini, segala pengorbanan dicurah berbaloi kerana anaknya Syafiqa Hayra, 26 tahun telah berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan.

Menurut laporan dalam Harian Metro, Syafiqa Hayra memberitahu kejayaan yang dikecapi ini didedikasikan kepada arwah ayahnya kerana banyak menyokong dia Untuk menceburi bidang perubatan.

Kejayaan dicekapi didedikasi untuk arwah ayahnya, pelawak popular Mr Os.
Namun begitu, Syafiqa Hayra bersedih kerana arwah ayah tidak sempat melihat pencapaian dan kejayaannya. Biarpun begitu dia menganggap kejayaan itu sebagai pemangkin untuk terus maju dalam bidang terbabit.

Sedih kerana arwah ayahnya tidak sempat melihat kejayaan dikecapinya.
“Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.

“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah,” katanya yang menerima  Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu.

Menerima ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir.
Tambah doktor muda ini lagi, penganugerahan yang diterima adalah bayaran kepada pengorbanan kepada kedua-dua orang tuanya.

“Banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui sepanjang belajar di Mesir tetapi orang tua saya tidak pernah berputus asa memberi galakan.

“Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan arwah ayah,” katanya yang masih menunggu tempat untuk melaksanakan latihan perubatan (houseman).


Reading Time:

Sunday, January 27, 2019

Kepala, kaki dan tangan dua mayat masih dicari - Polis
January 27, 20190 Comments
POLIS melancarkan operasi mencari beberapa lagi bahagian badan dua mayat tidak cukup sifat yang ditemui dengan kesan dikerat semalam di kawasan perumahan Desa Coalfields, dekat Sungai Sungai Buloh, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supritendan Shafa'aton Abu Bakar berkata operasi oleh unit skuba dan unit anjing pengesan (K9) itu bertumpu di sekitar kawasan dua mayat itu ditemukan.

Semalam, media melaporkan dua mayat iaitu seorang lelaki dan wanita ditemui orang awam dan hasil pemeriksaan polis menemui kesan potong pada bahagian tangan dan kaki selain turut menemui tiga bungkusan plastik hitam berisi sebahagian tangan dan kaki di kawasan berhampiran.

Tumpuan pencarian kini ialah bahagian kepala kedua-dua mangsa dan sebahagian lagi tangan dan kaki mereka, kata Shafa'aton ketika dihubungi, Ahad.

Polis percaya lelaki dan wanita itu dibunuh di tempat lain sebelum mayat mereka dibuang ke kawasan itu dan berdasarkan keadaan mayat, polis percaya mereka dibunuh kira-kira dua minggu lepas.

Shafa'aton berkata bedah siasat terhadap anggota badan yang ditemui itu dijalankan di Hospital Sungai Buloh.

Buat masa ini identiti kedua-dua mangsa belum diketahui dan polis meminta orang ramai yang kehilangan saudara atau kenalan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-- Bernama



Reading Time: